SEJARAH

KRONOLOGI PENUBUHAN DAN PEMBANGUNAN SK MUKUT, PULAU TIOMAN DARI TAHUN 1950 HINGGA 2010

TAHUN 1950

SEKOLAH RAKYAT DIBUKA DENGAN BILANGAN MURID SERAMAI 20 OARANG DAN MEMPUNYAI 2 ORANG GURU SAHAJA.

AKHIR TAHUN 1950 AN  :

BERPINDAH KE BANGUNAN BARU (BANGUNAN PAPAN SEKOLAH SEKARANG)

TAHUN 1982       :

PADA TAHUN INI SEKOLAH DI TUTUP, JUMLAH MURID KETIKA ITU SERAMAI 30 ORANG, SEBAHAGIAN BERHENTI SEKOLAH DAN SEBAHAGIAN LAGI BERPINDAH KE SK TEKEK. INI KERANA IBU BAPA BERPINDAH KE MERSING ATAU ROMPIN UNTUK MENYAMBUNG PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK MEREKA.

TAHUN 1997

SEKOLAH DIBUKA SEMULA DENGAN MENGUNAKAN BANGGUNAN YANG SEDIA ADA, MURID SERAMAI 11 ORANG DAN GURU HANYA 4 ORANG.

TAHUN 1998

SEBUAH BANGUNAN YANG BARU MENGANDUNGI BILIK DARJAH , BILIK SUMBER DAN STOR PELBAGAI ALATAN SERTA SEBUAH RUMAH GURU JUGA TURUT DI BINA.

TAHUN2002

DUA RUMAH GURU SEBAGAI TAMBAHAN TELAH DIBINA UNTUK KEMUDAHAN GURU-GURU.

TAHUN 2003

SEBUAH KANTIN DIBINA UNTUK KEGUNAAN MURID

TAHUN 2008

BILANGAN MURID SERAMAI 24 ORANG DAN BILANGAN GURU PADA AWAL TAHUN SERAMAI 8 ORANG ( 7 LELAKI, 1 PEREMPUAN) DAN MEMPUNYAI SEORANG PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM).. PADA BULAN OGOS BILANGAN GURU BERTAMBAH DENGAN KEMASUKAN 3 ORANG LAGI GURU YANG BARU DITEMPATKAN DI SEKOLAH INI.

TAHUN 2009

SK MUKUT MEMPUNYAI BILANGAN MURID SERAMAI 18 ORANG SAHAJA DAN BILANGAN GURU PULA SERAMAI 11 ORANG (10 LELAKI, 1 PEREMPUAN). WALAU BAGAIMANAPUN PADA BULAN MAC GURU BERKURANGAN KERANA 3 ORANG TELAH DITUKARKAN KE SEKOLAH LAIN. PADA MASA YANG SAMA PEMBANTU PENGURUSAN MURID TURUT BERTUKAR. SEKOLAH JUGA TELAH MENERIMA SEORANG PEMBANTU RENDAH AWAM (PRA) PADA BULAN OGOS.

TAHUN 2010

PADA AKHIR TAHUN 2009 SEKOLAH TELAH MENERIMA SEORANG PEMBANTU PENGURUSAN MURID YANG BARU DITEMPATKAN DI SEKOLAH INI. PADA AWAL TAHUN 2010 SEKOLAH TURUT MENERIMA 2 ORANG GURU BARU SERTA SEORANG PEMBANTU TADBIR BAGI MENINGKATKAN LAGI KEUPAYAAN BAGI MENJADIKAN SK MUKUT TERUS MENJADI SEKOLAH YANG TERBAIK.




%d bloggers like this: